Shalom.
Penulisan
ini adalah berdasarkan kepada pengalaman penulis sendiri ketika menduduki UKCG
pada Oktober 2019.
Kepada
calon yang akan menduduki UKCG, berikut merupakan pengalaman saya sendiri
ketika menduduki ujian kelayakan calon guru pada Oktober 2019. Jangan risau dan
jangan gentar, soalan yang diberikan merupakan soalan yang berkaitan dengan personaliti
diri, psikologi dan sejauhmana komitmen anda sebagai seorang ketua (leader).
Pada
14 Oktober lepas, saya bergerak ke Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota
Kinabalu untuk menduduki UKCG. Masa pendaftaran tepat pada 7.30 pagi namun
disebabkan jarak dari rumah saya ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam
30 minit dan hampir sejam terperangkap dalam kesesakan jalan raya, maka saya
lewat datang untuk pendaftaran. Namun begitu, saya masih sempat untuk mendaftar
kerana masa UKCG saya akan bermula pada jam 10 pagi.
Semua
calon diminta untuk berbaris di luar dewan dan menunggu calon sesi sebelumya
untuk selesai menduduki ujian. Ujian yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi
telah dianjakkan pada pukul 10.45 pagi kerana pegawai yang bertugas masih
mengedarkan borang jawapan (omr) kepada setiap meja calon. Calon UKCG hanya
dibenarkan untuk membawa slip kehadiran (print out siap-siap), kad pengenalan,
2 batang pensel 2B dan pemadam. Barangan lain TIDAK dibenarkan untuk dibawa
masuk ke dalam dewan.
Calon
diberi masa selama 45 minit untuk menjawab sebanyak 180 soalan dan soalan
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan juga Bahagian B. Bahagian A
sebanyak 120 soalan (jawab dalam masa 30 minit) dan hanya ada dua (2) pilihan
jawapan iaitu YA /TIDAK. Bahagian B pula sebanyak 60 soalan (jawab dalam masa
15 minit) dan mempunyai empat (4) pilihan jawapan iaitu TIDAK SAMA SEKALI/
TIDAK BENAR/ BENAR/ SANGAT BENAR. Calon dinasihatkan untuk memperuntukkan 15
SAAT sahaja bagi setiap soalan disebabkan soalan yang banyak dan masa yang
singkat. Oleh itu, pembacaan yang laju dan pemprosesan maklumat haruslah tepat
untuk menjawab setiap soalan. Calon juga diingatkan agar tidak menconteng
kertasa soalan kerana kertas tersebut akan digunakan oleh calon seterusnya.
Kertas tersebut juga tidak boleh dibawa balik oleh calon.
Sebelum
ini, saya telah membaca beberapa blog yang berkongsi tentang pengalaman mereka
ketika menduduki UKCG. Ada calon yang perlu menjalani ujian kecergasan fizikal
dan ujian bertulis dan ada juga calon yang hanya menduduki ujian bertulis
sahaja. Namun, pada UKCG bagi calon Guru Interim Oktober 2019, calon hanya
menduduki ujian bertulis sahaja. Saya sendiri hampir binggung kerana tidak
mendapat emel yang menyatakan apa dokumen yang perlu dibawa. Syukurlah di laman
web menyatakan bahawa calon hanya wajib membawa Slip Kehadiran dan Kad
Pengenalan sahaja. Tapi, just in case kan, saya bawa surat beranak dan bawa
Salinan baju dan kasut sukan yalaa maybe tiba-tiba pula ada ujian kecergasan.
First time UKCG ni, dah la saya ni bukan dari bidang Pendidikan. Datang UKCG
pula seorang diri. Nervous tu harus!
Hee….
Okay,
soalan apa yang keluar waktu UKCG? Susah ka? Senang? Apa topik yang harus
dibaca? Isu-isu semasa? sebelum UKCG, saya ada baca beberapa topik yang
berkaitan seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bajet 2020 untuk bidang
pendidikan, isu berkaitan pendidikan di Sabah, isu kemiskinan pelajar di Sabah
dan isu warganegara (pelajar) tanpa dokumen yang sah di Sabah. Ini ka soalan
yang keluar? Nope hehee. Seperti yang saya tulis di awal penulisan, soalan UKCG
bagi calon pada Oktober 2019 adalah berkaitan personaliti diri, emosi,
psikologi dan juga sejauh mana anda sanggup bertanggugjawab sebagai seorang
pemimpin (komitmen). Saya akan kongsikan beberapa soalan yang saya ingat, tapi
tidak dijamin soalan berbunyi sama sebab saya pun lupa-lupa sudah bah haha. Dan
soalan juga mungkin berbeza pada UKCG yang akan dilakukan pada masa akan
datang. Soalan juga ada yang berulang ya kawan-kawan, so ini beberapa soalan
yang masih saya ingat-
1. Adakah
anda boleh memimpin kumpulan kecil?
2. Anda
seorang yang mudah marah?
3. Anda
akan melaporkan kepada ibubapa anda jika adik beradik melakukan kesalahan?
4. Anda
boleh menyimpan rahsia?
5. Adakah
anda akan menceritakan rahsia rakan anda kepada sesiapa sahaja?
6. Anda
sanggup kibarkan jalur gemilang di hadapan rumah?
7. Tugas
menjaga keselamatan negara adalah tanggugjawab pegawai keselamatan sahaja.
8. Anda
suka menyendiri?
9. Adakah
anda akan marah jika difitnah?
10. Adakah
anda pernah dimarah?
11. Anda
pernah jatuh cinta?
12. Adakah
anda akan melakukan hubungan seks dengan sesiapa sahaja?
13. Anda
sanggup bekerjasama dengan kumpulan masyarakat yang mundur?
14. Adakah
anda akan mencuci tangan selepas bersalaman dengan ramai orang?
15. Adakah
anda pernah dicerca?
16. Adakah
sukar untuk berlaku adil?
17. Adalah
penting untuk organisasi menyediakan cara untuk menyelesaikan konflik ketika bekerja.
18. Anda
tidak berpuas hati apabila idea anda tidak diterima?
19. Anda
boleh menggabungkan idea sendiri dengan idea orang lain?
20. Silibus
tadika adalah sesuai dengan perkembangan masa kini?
21. Adakah
anda pernah mendengar suara-suara lain ketika menyendiri?
22. Hidup
ini tidak bermakna.
23. Anda
tidak pernah jatuh cinta.
24. Anda
akan berdiam diri jika negara dihina oleh orang luar.
25. Adakah
anda setuju bahawa pendidikan harus dipolitikkan? (saya suka soalan ni sebab
bagi saya pendidikan itu tidak seharusnya dijadikan sebagai isu politik kerana
semua warganegara tidak kira latar belakang layak untuk mendapat pendidikan
yang seharusnya! Tapi I don’t know kenapa saya jawab YA. Haaish hipokritnya
saya, jadilah diri sendiri ya kawan-kawan.
26. Membentuk
sahsiah murid-murid adalah tanggungjawab seorang guru.
27. Adakah
anda akan bekerja over-time jika kerja yang ingin disiapkan itu penting?
28. Adakah
anda akan melihat bayangan lain dihadapan anda ketika anda seorang diri?
29. Anda
suka bergaul?
30. Adakah
anda akan membalas dendam jika berlaku ketidakadilan terhadap diri anda?
Okay
kawan-kawan, ini sahaja soalan yang mampu saya kongsikan. Kalau taip
panjang-panjang nanti rugi pula kalau format soalan bukan lagi sama haha. Tapi
kena ingat juga ya, ini merupakan contoh soalan pada UKCG Oktober 2019 dan
berkemungkinan soalan TIDAK AKAN SAMA pada UKCG yang dilakukan pada masa akan
datang. Pakaian kena kemas, pakai la baju kurung, bagi lelaki pakai la kemeja
dan tie sekali. Jangan lupa berdoa sebelum menjawab soalan. Wish you guys all
the best! Thank you sudi luangkan masa membaca pengalaman saya.
Xoxo-
Living In The Wild, Pari-pari Hutan.
1 ulasan:
saya mo tanyak... setiap bulan ka ada exam memandangkan sabah ni perlukan guru interim yg ramai?
kalau mo tau schedule ujian tu mo contact mana ya? sebab saya kerja semenanjung tapi mengharap juga dipanggil exam.
Catat Ulasan